ONCE A SDARIAN ALWAYS A SDARIAN

'BERILMU UNTUK BERJASA'

MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
Bumiputera Contractor Registration Recognition
(Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera)
No. pendaftaran: 357-02147233



“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”al hadis

Archery Course

Click for more details.
Click for more detail.

Survey Form - Herbal Flower for Cancer

Email Address:
Your gender? Male
Female
Your age? 12-20 years old
21-40 years old
41-70 years old
Your race? Malay
Chinese
Indian
Others
What do you think about herbal flower information? Informative
Excellent
Need improvement

Click here to create your own form.

Guest House Bookings

Name:
Mailing Address:
Handphone No:
Email Address:
Type of booking: Guest House 1 (4 pax)
Guest House 2 (2 pax)
Guest House 3 (4 pax)
Guest House 4 (4 pax)
Check in date (After 2pm):
Check out date (Before 12pm):
Facilities required: Herbs Sauna
Swimming Pool
Spinning Top (gasing)
Hall 1(20 pax)
Hall 2(50 pax)
BBQ set
Camping site
Interested to join YBE Programs? (Please tick) Beginner Archery Course
Advance Archery Course
Basic Herbs Course
Advance Herbs Course
Agrotour herbs - Indonesia

Form provided by Freedback.
Term & Conditions:-
50% deposit is required one week before check in.

Please bank in payment to :-
YA’ACOB BERKAT ENTERPRISE

CIMB Acc no:-
04080007167055

Inquiries please call:-
HJ. YAACOB 012-3586770/013-6915847
ABD MALEK 019-6250522

YAACOB BERKAT ENTERPRISE MELAKA

Latarbelakang Yaacob Berkat Enterprise

Ladang herba YBE merangkumi keluasan penanaman herba seluas 3 ½ ekar dengan jumlah jenis herba melebihi 100 jenis. Memandangkan kepada jenis herba yang pelbagai maka penanaman herba dibahagikan mengikut plot-plot tanaman tertentu serta keperluannya. Syarikat YBE telah memulakan projek penanaman herba mulai tahun 2000 dengan membeli hampir 100 jenis herba terpilih bagi tujuan anak benih. Namun disebabkan keadaan cuaca, kurang pemahaman terhadap sifat herba dan juga jenis tanah yang sesuai maka menjelang tahun 2002 sehingga 2004 hanya herba tertentu sahaja dijadikan fokus syarikat seperti herba Misai Kucing, Kaca Beling, Rosella, Mempahit & Hempedu Bumi lazimnya berkaitan penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi, buasir, batu karang, gastrik dan kanser. Memandangkan kepada objektif syarikat Yaacob Berkat Enterprise antara lainnya adalah untuk mengembangkan pengetahuan herba serta ilmu pengetahuan yang berguna di kalangan masyarakat setempat maka pemilik syarikat YBE yaitu Tn Hj Yaacob Sharif dan Puan Hjh Hairani Mat Taib telah mengambil keputusan serta inisiatif bagi melebarkan serta mengembangkan perniagaan YBE ke peringkat penawaran kursus-kursus jangka pendek. Antara halangan bagi mencapai objektif tersebut adalah modal peribadi yang besar serta beban tugas untuk mengurus syarikat.

Fasiliti YBE

  1. Lapangan memanah 10, 30, 90 meter
  2. Bilik mandian spa (20’ x 20’)- Lelaki / Perempuan
  3. Tandas umum (mandi)
  4. Gelanggang gasing
  5. Kolam renang bersaiz dewasa
  6. Dewan seminar (Kapasiti : 20 orang per sesi)
  7. Dewan seminar (Kapasiti: 40 orang per sesi)
  8. Surau
  9. 4 rumah tetamu (kecil)
  10. 5 tapak khemah
  11. Nurseri plot-plot herba terpilih
  12. Bangsal makan tetamu

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Tuan Haji Yaacob Sharif (012 - 3586770 / 013 - 6915847)

Faks: 06 - 2830864

YBE herb farm covers ​​herbal cultivation area of ​​3 ½ acres with more than 100 types of herbs. Given the variety of herbs, the herbal cultivation plots are divided according to specific plant and its requirements. YBE has started the planting of herbs began in 2000 by purchasing nearly 100 types of herbs selected for the purpose of the seed. However, due to weather conditions, lack of understanding of the nature and types of herbs that according to the soil, hence by the year 2002 to 2004 only certain herbs such as Misai Kucing, Kaca Beling, Rosella, Mempahit & Hempedu Bumi commonly associated diseases such as diabetes, hypertension, hemorrhoids, kidney stones, gastritis, and cancer are given focus. Given the objectives of the company is to develop knowledge of herbs and other useful knowledge among the public that the company owner Tuan Hj Yaacob Sharif and Puan Hjh Hairani Mat Taib has taken an initiatives to broaden and expand the YBE plan by offering short-term courses. Among the obstacles to achieving these objectives is large private capital and to manage the workload.

Facilities YBE

1. Field archery 10, 30, 90 meters

2. Spa bath (20 'x 20') - Male / Female

3. Public toilet (bathroom)

4. Spinning Top

5. Adult size swimming pool.

6. Seminar hall (capacity: 20 people per session)

7. Seminar hall (capacity: 40 people per session)

8. Musalla

9. 4 guest house (small)

10. 5 tent sites

11. Nursery plots

For more information contact:

Tuan Haji Yaacob Sharif (012-3586770 / 013-6915847) Fax: 06-2830864

Tuesday, February 23, 2010

KURSUS HERBA UMUM

KURSUS HERBA UMUM INSTITUT PERTANIAN SERDANG 2010

KURSUS HERBA UMUM

KURSUS HERBA UMUM INSTITUT PERTANIAN SERDANG 2010

Tuesday, February 16, 2010

Monday, February 8, 2010

INTERNSHIP PROGRAM

STUDENT INTERNSHIP PROGRAMME (3rd BATCH)
NAME: SAUDARA WAN & SEKH
INSTITUTION: KOLEJ RISDA MELAKA
SEMESTER: FINAL (DIPLOMA IN AGRICULTURE)
MODULE: MODULE 1 (SEMAIAN HERBA KELOMPOK TERPILIH)


LOCATION: TAMAN HERBA



STUDENTS WORK PRESENTATION FOR MODULE 1

TAMAN HERBA

TAMAN HERBA YAACOB BERKAT ENTERPRISE - KARYASARI
Centralized collection of herbs for Pelatihan Herbal Umum programme












SEMINAR

SEMINAR
Presenter: Tuan Hj Yaacob Sharif
Venue: RH Hotel; Sibu Sarawak
Organizer: Maktab Kerjasama Malaysia
Title: Industri Herba Satu Peluang Perniagaan Koperasi


Sunday, January 31, 2010

HERBAL SAUNA YBE

STUDENTS PRACTICAL: PREPARATION OF HERBAL SAUNA SESSION

HERBAL REMEDIES PREPARATION


SAUNA PREP


SAUNA EQUIPMENTS PREPARATION

Tuesday, January 12, 2010

YBE FACILITIES - Car parking

Visitors car park

YBE Gathering - DISEMBER

JEMPUTAN FAMILY GATHERING
AKTIVITI KITA:
  • HERBS SAUNA @ 10.00 AM
  • COOLING - POOL @ 11.00 AM
  • LUNCH @ 1.00 PM
  • SOLAT ZUHUR @ 2.00 PM
DATE: 26/12/10 (SUNDAY)

Friday, January 1, 2010

Tapak Dara


Nama saintifik:-
Catharanthus roseus

Nama tempatan:-
Tapak Dara

Kegunaan:-
Barah limpa, leukemia, hypertensi dan kencing manis.
"Terdapat spesis yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesis liar) dikatakan mempunya nilai perubatan yang tinggi. keseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukaemia.Perlu diingatkan tumbuhan ini di klafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi di minta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba."
(Sumber dari melur.com)

Kunir Putih



Nama saintifik:-
Curcuma alba

Nama tempatan:-
Kunir Putih

Kegunaan:-
Merencat pertumbuhan sel barah.
Minum 1/2 sudu teh serbuk kunir putih, 3 kali sehari.

Mimba



Nama saintifik:-
Azadirachta indica

Nama tempatan:-
Mimba

Kegunaan:-
Barah hati, hepatitis, malaria dan kencing manis.
Untuk barah, tujuh helai daun direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1.5 gelas air. Tapis dan minum setelah sejuk. Minum pada waktu pagi, tengahari dan petang.

Komfrey


Nama saintifik:-
Symphytum officinale

Nama tempatan:-
Komfrey

Kegunaan:-
Leukemia, pneumonia, asma, kencing manis, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

Rumput Mutiara


Nama saintifik:-
Hedyotis corymbosa

Nama tempatan:-
Rumput Mutiara

Kegunaan:-
Barah servik, barah payudara, barah rektum, radang usus, bronchitis, pneumonia, hepatitis dan jangkitan saluran kencing.

Cakar Ayam



Nama saintifik:-
Selaginella deoderleinii Hieron

Nama tempatan:-
Cakar Ayam

Kegunaan:-
Kanser rahim, kanser peparu, jangkitan saluran nafas, asma, patah tulang, hepatitis dan jangkitan saluran kencing.

Kaca Beling

Nama saintifik:-
Strobilanthes crispa

Nama tempatan:-
Pecah Kaca, Kaca Beling,Bayam Karang

Kegunaan:-
Barah, Batu Karang, Darah Tinggi/
Kencing tak lawas - keseluruhan pokok ini direbus, airnya disaring dan diminum pagi dan petang.

Keladi Tikus


Nama Saintifik :-
Typhonium divaricatum

Nama Tempatan :-
Keladi Tikus, Birah Kecil

Kegunaan:-
Barah - ambil segenggam daun keladi tikus, direbus dan dihancurkan. Air rebusan diminum 2 atau 3 sudu sekali pada waktu pagi dan petang.

Waru Landak


Nama saintifik:-
Hibiscus mutabilis

Nama tempatan:-
Waru Landak

Kegunaan:-
Barah Salur Pernafasan, Barah Perut, Barah Jantung, Barah Paru-Paru, Barah Payudara dan Barah Kulit.

Cara Penyediaan:-
Bunga kering 10-30 gm (50-150gm bunga segar) direbus dengan 4 gelas air sampai menjadi 2 gelas. Sejukkan dan minum.

Jarum Tujuh Bilah

Photo Source : Melur.com

Nama tempatan:-
Jarum Tujuh Bilah

Nama Botanikal:-
Pereskia bleo (Kunth) DC.

Kegunaan:-
Kencing manis, darah tinggi dan ia dikatakan dapat merawat barah terutamanya barah kolon(usus besar), barah hidung dan juga barah lain.

Pening kepala-amalkan memakan daunnya 2-3 helai sehari. Daunnya boleh dibuat masakan seperti sup sayur.

Thursday, December 10, 2009

YAACOB BERKAT ENTERPRISE - HERBSMART



Bagi mengetengahkan produk-produk YBE kepada masyarakat umum maka pihak syarikat telah mewujudkan sebuah herbsmart yang berkonsepkan 'one-stop-center' bagi semua produk-produk keluaran syarikat.




Usaha berterusan syarikat YBE bagi mempromosikan produk-produk herba keluaran syarikat dan membantu masyarakat setempat adalah merangkumi penjualan anak-anak pokok herba, penyediaan n-produk, mengadakan kursus-kursus herba dan agrotour herba bagi tujuan menyebarluaskan ilmu pengetahuan herba yang bermanafaat, memberi alternatif ubatan kepada pelanggan disamping menyedarkan masyarakat tentang kepentingan perubatan berasaskan penggunaan herba berbanding kaedah perubatan konvensional.

Bagi kemudahan orang ramai segala bentuk produk yang dijual adalah mengikut kategori produk seperti minuman segera, kordial, teh herba, produk herba mentah dan sebagainya.





Kepelbagaian produk keluaran YBE Melaka diperagakan di YBE Herbsmart bagi kemudahan pelanggan.

KLINIK MEMANAH JEMPUTAN

Sunday, November 8, 2009

PROFIL PEMILIK YBE MELAKA

NAMA PEMILIK YBE MELAKA:
Tn Hj Yaacob Syarif & Pn Hjh Hairani Mat Taib

LATARBELAKANG PENDIDIKAN:
Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan & Kesihatan); Universiti Putra Malaysia (dahulunya Univ. Pertanian Malaysia)
Sarjana Muda Pendidikan (Linguistik); Universiti Malaya

PEKERJAAN:
Pengurus Yaacob Berkat Enterprise (YBE) Melaka

PENGALAMAN KERJA:
Pesara kerajaan (Bekas Pengetua / Penolong Kanan) melebihi 30 tahun

ANUGERAH-ANUGERAH YANG PERNAH DIPEROLEHI OLEH PEMILIK SYARIKAT:
1) AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N); 1994
2) ANUGERAH PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA (CEMERLANG PENDIDIKAN); 1993
3) PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K); 1993
4) PINGAT BAKTI MASYARAKAT (P.B.M); 2000

KURSUS-KURSUS/PROGRAM/SEMINAR YANG PERNAH DIIKUTI OLEH PEMILIK SYARIKAT:
SETAKAT DISEMBER 2009)
1) Kursus Kejurujualan Profesional; Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani; 2007
2) Seminar Pengurusan Halal; Jabatan Agama Islam Melaka; 2009
3) Kursus Herba; Unit Pembangunan Produk & Teknologi; Institut Pertanian Serdang; Jabatan Pertanian Malaysia; 2008
4) Kursus Pengeluaran & Pengendalian Herba; MARDI; 2006
5) Program Taklimat & Bengkel Kesedaran Berkoperasi; MeCD; 2009
6) Biotechnology for the wellness industry seminar; Universiti Teknologi Malaysia (UTM); 2008
7) Kursus Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - ALKEM; 2008
8) Program Asas Latihan Peruncitan; KPDN & HEP; 2003
9) Program Latihan Peruncitan Peringkat Pertengahan; KPDN & HEP; 2004
10) Program Latihan Peruncitan Peringkat Lanjutan; KPDN & HEP; 2005
11) Program 'Fast-Track Halal' 'Groom Big' ke arah usahawan glokal; SIRIM-MeCD; 2008
12) Program 'Fast-Track Halal' 'Groom Big' ke arah usahawan glokal; SIRIM; 2006
13) Bengkel Pembudayaan & Kompetensi Keusahawanan; Universiti Teknologi Melaka Malaysia (UTeM) - PTK; 2007
14) Pelatihan Tanaman Obat; Karyasari Indonesia; 2006
15) Kursus adhoc pemprosesan jem seri kaya dan hasilan produk roselle; MARDI; 2005
16) Seminar 'Small Ofice Home Office'; MeCD; 2005
17) Exibitor Herbal; Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Melaka; 2008
18) Exhibitor MAHA; MARDI
19) Karnival Jasin & Ekspo Usahawan MARA; MeCD; 2005
20) Kursus Asas Perlabelan dan Pembungkusan; MeCD; 2008
21) Kursus pembuatan sabun dari daun mimbar; MARDI; 2009

LATIHAN-LATIHAN IPTA/IPTS DI BAWAH KENDALIAN SYARIKAT: (SETAKAT MEI 2010)
1) Latihan praktikal herbal Politeknik Pahang; 2 kumpulan pelajar Internship Diploma Makanan; (2005 - 2007)
2) Latihan praktikal herbal Kolej RISDA Melaka; Internship Diploma Pertanian; (2010)

KURSUS / PROGRAM / AKTIVITI KENDALIAN SYARIKAT: (SETAKAT DISEMBER 2010)
1) Mengendalikan lawatan-lawatan dari individu dan kumpulan syarikat, agensi-agensi kerajaan dan kumpulan pelawat negara luar; Taklimat Herbal
2) Program Klinik Memanah
3) Kursus Herba Umum; YBE-Karyasari
4) Kursus Aplikasi Pengobatan Herbal (Applied Herbal Training); YBE-Karyasari
5) Agrotour Herbal; YBE-Karyasari
6) Pembentang kertas kerja herbal di seminar – seminar jemputan

Wednesday, August 26, 2009

HERBA

Symposium herba
Pihak Yaacob Berkat Enterprise telah turut serta menghadiri Symposium Herba Jakarta Indonesia.

Sunday, August 16, 2009

PROGRAM MOTIVASI DENGAN KERJASAMA YAACOB BERKAT ENTERPRISE MELAKA

Peserta-peserta program motivasi pelajar sekolah yang diadakan pada 14 - 16 Ogos 2009 bertempat di ladang herba Yaacob Berkat Enterprise.








KURSUS MEMANAH ANJURAN YAACOB BERKAT ENTERPRISE MELAKA

Peserta-peserta kursus memanah asas di bawah kendalian Tuan Haji Yaacob Syarif.

Utusan Malaysia - Ya'acob sedia kongsi ilmu herba


Sinar Harian ; Khamis; 27 November 2008; Sinar @ Melaka Tengah

LINK:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive

Ya'acob sedia kongsi ilmu herba


MELAKA 10 Dis. - Selepas kejayaan menjadi pengeluar produk minuman teh dari pokok herba yang ditanam sendiri, Ya'acob Sharif, 62, dan isterinya, Hairani Mat Taib, 62, bercadang mengembangkan lagi perniagaan dan pengetahuan mereka kepada mana-mana individu yang berminat menceburi bidang tanaman herba.
Menurut Ya'acob, dengan cara tersebut, produk keluarannya akan mendapat pasaran yang lebih meluas.''Setakat ini, serbuk teh yang diperbuat dari herba misai kucing, mas cotek dan kaca beling keluaran syarikat saya cuma banyak dipasarkan di Melaka dan beberapa negeri lain secara kecil-kecilan.''Impian saya ialah untuk mengembangkan lagi kegunaan herba ini sebagai makanan kesihatan yang akhirnya akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan moden ketika ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Tambahnya, ini kerana pokok-pokok herba telah terbukti dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan menjadi penawar penyakit masyarakat zaman dahulu. ''Pada zaman serba moden ini, saya berpendapat, kita tidak seharusnya melupakan herba sebaliknya mengamalkan pemakanannya yang terbukti dapat memelihara kesihatan badan.''Buktinya, alhamdulillah, setelah lima tahun mengamalkan pemakanan pelbagai jenis herba, dan sekarang sudah berumur 62 tahun, saya tidak mengidap sebarang penyakit," katanya.Bertitik-tolak daripada situ, menurutnya, dia bercadang untuk berkongsi pengalaman yang ada dengan menawarkan kursus kepada peserta yang berminat.''Sebelum ini memang ada beberapa pelajar jurusan pertanian dari universiti awam melakukan praktikal selama enam bulan di taman herba saya.''Daripada maklum balas yang saya terima, memang ramai yang memuji mendapat menimba pengalaman yang tidak ternilai di sini," katanya.Tambahnya, dia bercadang mengadakan Kursus Perubatan Herba Umum tersebut pada April tahun depan dan telah menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk menampung 30 peserta pada satu-satu masa.
''Saya telah membelanjakan lebih RM50,000 untuk membina dewan pembelajaran, wakaf terbuka serbaguna dan tanah lapang untuk tujuan bersukan.''Tanaman herba sebanyak 75 spesies ketika ini juga akan ditambah menjadi 110 spesies kesemuanya bagi tujuan penyelidikan," katanya.Kursus tiga hari tersebut, menurutnya, akan mendapat kerjasama daripada Yayasan Pengembangan Tanaman Ubat Indonesia yang merupakan perintis tanaman ubatan herba di sana sejak 18 tahun lalu.Tenaga pengajar adalah terdiri daripada ahli akademik dan profesional dalam bidang farmasi dan kedoktoran.Individu yang berminat menyertai kursus tersebut boleh menghubungi beliau di alamat Ya'acob Berkat Enterprise, Lot 1129, Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, Melaka atau melalui talian 012-3586770 atau 06-2830864.