Bagi kemudahan orang ramai segala bentuk produk yang dijual adalah mengikut kategori produk seperti minuman segera, kordial, teh herba, produk herba mentah dan sebagainya.
Survey Form - Herbal Flower for Cancer
Guest House Bookings
50% deposit is required one week before check in.
Please bank in payment to :-
YA’ACOB BERKAT ENTERPRISE
CIMB Acc no:-
04080007167055
Inquiries please call:-
HJ. YAACOB 012-3586770/013-6915847
ABD MALEK 019-6250522
YAACOB BERKAT ENTERPRISE MELAKA
Latarbelakang Yaacob Berkat Enterprise
Fasiliti YBE
- Lapangan memanah 10, 30, 90 meter
- Bilik mandian spa (20’ x 20’)- Lelaki / Perempuan
- Tandas umum (mandi)
- Gelanggang gasing
- Kolam renang bersaiz dewasa
- Dewan seminar (Kapasiti : 20 orang per sesi)
- Dewan seminar (Kapasiti: 40 orang per sesi)
- Surau
- 4 rumah tetamu (kecil)
- 5 tapak khemah
- Nurseri plot-plot herba terpilih
- Bangsal makan tetamu
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Tuan Haji Yaacob Sharif (012 - 3586770 / 013 - 6915847)
Faks: 06 - 2830864
YBE herb farm covers herbal cultivation area of 3 ½ acres with more than 100 types of herbs. Given the variety of herbs, the herbal cultivation plots are divided according to specific plant and its requirements. YBE has started the planting of herbs began in 2000 by purchasing nearly 100 types of herbs selected for the purpose of the seed. However, due to weather conditions, lack of understanding of the nature and types of herbs that according to the soil, hence by the year 2002 to 2004 only certain herbs such as Misai Kucing, Kaca Beling, Rosella, Mempahit & Hempedu Bumi commonly associated diseases such as diabetes, hypertension, hemorrhoids, kidney stones, gastritis, and cancer are given focus. Given the objectives of the company is to develop knowledge of herbs and other useful knowledge among the public that the company owner Tuan Hj Yaacob Sharif and Puan Hjh Hairani Mat Taib has taken an initiatives to broaden and expand the YBE plan by offering short-term courses. Among the obstacles to achieving these objectives is large private capital and to manage the workload.
Facilities YBE
1. Field archery 10, 30, 90 meters
2. Spa bath (20 'x 20') - Male / Female
3. Public toilet (bathroom)
4. Spinning Top
5. Adult size swimming pool.
6. Seminar hall (capacity: 20 people per session)
7. Seminar hall (capacity: 40 people per session)
8. Musalla
9. 4 guest house (small)
10. 5 tent sites
11. Nursery plots
For more information contact:
Tuan Haji Yaacob Sharif (012-3586770 / 013-6915847) Fax: 06-2830864
Thursday, December 10, 2009
Wednesday, December 9, 2009
Sunday, December 6, 2009
Sunday, November 8, 2009
PROFIL PEMILIK YBE MELAKA
Tn Hj Yaacob Syarif & Pn Hjh Hairani Mat Taib
LATARBELAKANG PENDIDIKAN:
Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan & Kesihatan); Universiti Putra Malaysia (dahulunya Univ. Pertanian Malaysia)
Sarjana Muda Pendidikan (Linguistik); Universiti Malaya
PEKERJAAN:
Pengurus Yaacob Berkat Enterprise (YBE) Melaka
PENGALAMAN KERJA:
Pesara kerajaan (Bekas Pengetua / Penolong Kanan) melebihi 30 tahun
ANUGERAH-ANUGERAH YANG PERNAH DIPEROLEHI OLEH PEMILIK SYARIKAT:
1) AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N); 1994
2) ANUGERAH PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA (CEMERLANG PENDIDIKAN); 1993
3) PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K); 1993
4) PINGAT BAKTI MASYARAKAT (P.B.M); 2000
KURSUS-KURSUS/PROGRAM/SEMINAR YANG PERNAH DIIKUTI OLEH PEMILIK SYARIKAT:
SETAKAT DISEMBER 2009)
1) Kursus Kejurujualan Profesional; Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani; 2007
2) Seminar Pengurusan Halal; Jabatan Agama Islam Melaka; 2009
3) Kursus Herba; Unit Pembangunan Produk & Teknologi; Institut Pertanian Serdang; Jabatan Pertanian Malaysia; 2008
4) Kursus Pengeluaran & Pengendalian Herba; MARDI; 2006
5) Program Taklimat & Bengkel Kesedaran Berkoperasi; MeCD; 2009
6) Biotechnology for the wellness industry seminar; Universiti Teknologi Malaysia (UTM); 2008
7) Kursus Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - ALKEM; 2008
8) Program Asas Latihan Peruncitan; KPDN & HEP; 2003
9) Program Latihan Peruncitan Peringkat Pertengahan; KPDN & HEP; 2004
10) Program Latihan Peruncitan Peringkat Lanjutan; KPDN & HEP; 2005
11) Program 'Fast-Track Halal' 'Groom Big' ke arah usahawan glokal; SIRIM-MeCD; 2008
12) Program 'Fast-Track Halal' 'Groom Big' ke arah usahawan glokal; SIRIM; 2006
13) Bengkel Pembudayaan & Kompetensi Keusahawanan; Universiti Teknologi Melaka Malaysia (UTeM) - PTK; 2007
14) Pelatihan Tanaman Obat; Karyasari Indonesia; 2006
15) Kursus adhoc pemprosesan jem seri kaya dan hasilan produk roselle; MARDI; 2005
16) Seminar 'Small Ofice Home Office'; MeCD; 2005
17) Exibitor Herbal; Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Melaka; 2008
18) Exhibitor MAHA; MARDI
19) Karnival Jasin & Ekspo Usahawan MARA; MeCD; 2005
20) Kursus Asas Perlabelan dan Pembungkusan; MeCD; 2008
21) Kursus pembuatan sabun dari daun mimbar; MARDI; 2009
LATIHAN-LATIHAN IPTA/IPTS DI BAWAH KENDALIAN SYARIKAT: (SETAKAT MEI 2010)
1) Latihan praktikal herbal Politeknik Pahang; 2 kumpulan pelajar Internship Diploma Makanan; (2005 - 2007)
2) Latihan praktikal herbal Kolej RISDA Melaka; Internship Diploma Pertanian; (2010)
KURSUS / PROGRAM / AKTIVITI KENDALIAN SYARIKAT: (SETAKAT DISEMBER 2010)
1) Mengendalikan lawatan-lawatan dari individu dan kumpulan syarikat, agensi-agensi kerajaan dan kumpulan pelawat negara luar; Taklimat Herbal
2) Program Klinik Memanah
3) Kursus Herba Umum; YBE-Karyasari
4) Kursus Aplikasi Pengobatan Herbal (Applied Herbal Training); YBE-Karyasari
5) Agrotour Herbal; YBE-Karyasari
6) Pembentang kertas kerja herbal di seminar – seminar jemputan
Sunday, October 18, 2009
Wednesday, August 26, 2009
HERBA
Sunday, August 16, 2009
PROGRAM MOTIVASI DENGAN KERJASAMA YAACOB BERKAT ENTERPRISE MELAKA
Utusan Malaysia - Ya'acob sedia kongsi ilmu herba
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive
Ya'acob sedia kongsi ilmu herba
MELAKA 10 Dis. - Selepas kejayaan menjadi pengeluar produk minuman teh dari pokok herba yang ditanam sendiri, Ya'acob Sharif, 62, dan isterinya, Hairani Mat Taib, 62, bercadang mengembangkan lagi perniagaan dan pengetahuan mereka kepada mana-mana individu yang berminat menceburi bidang tanaman herba.
Menurut Ya'acob, dengan cara tersebut, produk keluarannya akan mendapat pasaran yang lebih meluas.''Setakat ini, serbuk teh yang diperbuat dari herba misai kucing, mas cotek dan kaca beling keluaran syarikat saya cuma banyak dipasarkan di Melaka dan beberapa negeri lain secara kecil-kecilan.''Impian saya ialah untuk mengembangkan lagi kegunaan herba ini sebagai makanan kesihatan yang akhirnya akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan moden ketika ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Tambahnya, ini kerana pokok-pokok herba telah terbukti dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan menjadi penawar penyakit masyarakat zaman dahulu. ''Pada zaman serba moden ini, saya berpendapat, kita tidak seharusnya melupakan herba sebaliknya mengamalkan pemakanannya yang terbukti dapat memelihara kesihatan badan.''Buktinya, alhamdulillah, setelah lima tahun mengamalkan pemakanan pelbagai jenis herba, dan sekarang sudah berumur 62 tahun, saya tidak mengidap sebarang penyakit," katanya.Bertitik-tolak daripada situ, menurutnya, dia bercadang untuk berkongsi pengalaman yang ada dengan menawarkan kursus kepada peserta yang berminat.''Sebelum ini memang ada beberapa pelajar jurusan pertanian dari universiti awam melakukan praktikal selama enam bulan di taman herba saya.''Daripada maklum balas yang saya terima, memang ramai yang memuji mendapat menimba pengalaman yang tidak ternilai di sini," katanya.Tambahnya, dia bercadang mengadakan Kursus Perubatan Herba Umum tersebut pada April tahun depan dan telah menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk menampung 30 peserta pada satu-satu masa.
''Saya telah membelanjakan lebih RM50,000 untuk membina dewan pembelajaran, wakaf terbuka serbaguna dan tanah lapang untuk tujuan bersukan.''Tanaman herba sebanyak 75 spesies ketika ini juga akan ditambah menjadi 110 spesies kesemuanya bagi tujuan penyelidikan," katanya.Kursus tiga hari tersebut, menurutnya, akan mendapat kerjasama daripada Yayasan Pengembangan Tanaman Ubat Indonesia yang merupakan perintis tanaman ubatan herba di sana sejak 18 tahun lalu.Tenaga pengajar adalah terdiri daripada ahli akademik dan profesional dalam bidang farmasi dan kedoktoran.Individu yang berminat menyertai kursus tersebut boleh menghubungi beliau di alamat Ya'acob Berkat Enterprise, Lot 1129, Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, Melaka atau melalui talian 012-3586770 atau 06-2830864.
Utusan Malaysia - Pengusaha Herba Berjaya
Ya'acob Sharif dibantu isterinya Hairani Mat Taib menyiram pokok herba di tapak semaian herba Yaacob Berkat Enterprise di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru Melaka.
LINK:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive
Pengusaha herba berjaya
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
MELAKA 10 Dis. - Bermula dengan aktiviti berkebun pada masa lapang, seorang pesara guru kini mampu berbangga kerana menjadi antara pengusaha tanaman herba yang berjaya dan terkenal di Melaka. Guru terbabit, Ya'acob Sharif, 62, dan isterinya, Hairani Mat Taib, 62, juga menjadi satu-satunya pengusaha tanaman herba di Melaka yang menghasilkan produk minuman teh herba hasil daripada kegiatannya itu. Berpegang pada kepercayaan kitab suci al-Quran bahawa setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut, membuatkan Ya'acob semakin serius menceburi tanaman herba dan memasarkan produk itu melalui syarikatnya, Ya'acob Berkat Enterprise.''Alhamdulillah, dengan izin Allah, perniagaan tanaman herba saya semakin maju dan telah berjaya menyembuhkan banyak penyakit terutamanya kencing manis, darah tinggi dan kanser.''Semuanya dilakukan sendiri bermula daripada menanam benih pokok herba sehinggalah memprosesnya menjadi serbuk teh, minuman dan kordial teh," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di taman herba di rumahnya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, di sini baru-baru ini.Mengusahakan tanaman kira-kira 75 jenis herba di tanah seluas 1.3 hektar di rumahnya sejak lima tahun lalu, Ya'acob mengakui, kejayaan itu tidak dicapai dalam sekelip mata.''Mula-mula dulu, sekitar tahun 1974, saya berhasrat untuk membuka kebun buah-buahan di tanah ini. Entah mengapa, tiba-tiba minat beralih pula kepada tanaman herba kerana lebih mudah dijaga dan jarang diceburi ketika itu," katanya.Tambahnya, sejak itu minatnya dalam bidang herba semakin mendalam dan mula memikirkan bagaimana hendak menjadikannya sebagai satu perniagaan.''Banyak kali juga jatuh bangun dalam bidang ini kerana sambutannya yang agak sukar ketika itu.''Pada tahun 2006, saya mula menumpukan sepenuh perhatian dan mula mengkomersialkan tiga jenis herba teh yang popular di Indonesia iaitu misai kucing, mas cotek dan kaca beling.Katanya, tidak terhad kepada penghasilan produk teh herba, rumah saya sentiasa dikunjungi para pesakit dalam dan luar negara yang mencari produk herba untuk menyembuhkan penyakit serius.Tambahnya, mungkin kerana minat dan pengalamannya yang mendalam dalam bidang tersebut membuatkan dia terus dipercayai untuk mendapatkan nasihat berkaitan herba yang sesuai untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.Antara jenis herba lain yang ditanam di kawasan rumahnya yang sering mendapat permintaan ialah buah mahkota dewa yang berkesan untuk merawat semua jenis kanser, daun dewa (jantung), hempedu bumi (kencing manis dan darah tinggi tahap serius) dan mempahit (buasir).Menurut Ya'acob, selain menghadiri hampir 15 jenis kursus berkaitan herba anjuran universiti dan agensi berkaitan, dia juga telah mengikuti Kursus Pensijilan Perubatan Herba anjuran Yayasan Pengembangan Tanaman Ubat Karyasari di Jakarta, Indonesia.''Di Indonesia, perubatan cara tradisional telah lama berkembang dan terbukti memberi kesan yang baik merawat penyakit selain perubatan cara moden.''Selain itu, saya juga telah menerima banyak jemputan daripada universiti dan agensi kerajaan untuk memberi ceramah berkaitan herba," katanya.Tambahnya, walaupun terpaksa bersaing dengan pengeluar makanan herba lain, produk herba keluaran syarikatnya mempunyai tarikan kerana ditawarkan pada harga yang murah dan tidak mencampurkannya dengan sebarang bahan pengawet.Mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi Ya'acob di talian 012-3586770 atau syarikatnya di 06-2830864.